ARTIKEL

Gambar fail BERNAMA menunjukkan Sultan Ibrahim menggunakan jengkaut ketika gimik Majlis Pecah Tanah Kolam Selam Tempur 21 Grup Gerak Khas di Kem Iskandar, Mersing, Johor pada 7 Mei 2018.

KKR beri jaminan Projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini – Nanta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan Projek Pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata beliau telah dimaklumkan oleh pegawai KKR berhubung perkara berkenaan dan setakat ini, projek itu berbaki dua peratus sahaja yang belum siap seperti dinyatakan Kementerian Pertahanan sebelum ini.

“Di peringkat KKR, menerima baik pesanan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengenai kelewatan projek tersebut) untuk melawat dan melihat keadaan di sana,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Menteri Kerja Raya Bersama Warga Industri Lebuh Raya di Dewan Tan Sri M. Yusuff, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini.

Menurut Nanta, beliau akan menghadap Sultan Ibrahim dalam masa terdekat bagi menjelaskan isu kelewatan Projek Pembinaan Kolam Selam Tempur itu, dan siasatan terperinci berhubung perkara itu masih dijalankan untuk memberi keadilan kepada semua pihak terlibat.

Pada Isnin lepas, Sultan Ibrahim menitahkan pihak bertanggungjawab yang membina kolam selam tempur berkenaan untuk memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.

Seri Paduka Baginda, yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK), bertitah kolam tersebut, yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, hingga kini masih dalam pembinaan selain papan tanda projek telah dirobohkan.

Dalam perkembangan lain, Nanta berkata KKR menerima baik cadangan pembinaan jajaran lebuh raya baharu menghubungkan Tanjung Malim dengan Lumut kerana ia merupakan keperluan bagi menangani kesesakan jalan raya.

“Kita faham bahawa kawasan itu ada keperluannya, malah dalam mesyuarat Kabinet (pagi tadi) pun dibincangkan keperluannya (untuk membina lebuh raya dari Tanjung Malim ke Lumut),” katanya sambil menambah cadangan projek berkenaan masih pada peringkat perbincangan.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembinaan lebuh raya tersebut perlu dilaksanakan kerana projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim akan mula beroperasi bagi memudahkan perkhidmatan logistik dieksport melalui Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC). – BERNAMA

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,