ARTIKEL

KKR komited segerakan pembinaan LPB, Jalan Penghubung Sabah-Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUCHING: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyambut baik pengumuman Belanjawan 2023 yang memberi fokus kepada 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, secara keseluruhan KKR menerima RM8.439 bilion peruntukan bagi tahun 2023, iaitu kenaikan 15 peratus berbanding RM7.306 bilion yang diterima pada tahun 2022.

“Jumlah bajet mengurus KKR yang diluluskan adalah sebanyak RM865.27 juta iaitu kenaikan sebanyak 5.07 peratus berbanding RM823 juta yang diterima pada tahun sebelumnya.

“Manakala bajet pembangunan yang diluluskan adalah sebanyak RM7.573 bilion berbanding RM6.483 bilion pada tahun 2022.

“Justeru, menerusi bajet itu kementerian komited untuk meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dan Jalan Penghubung Sabah-Sarawak yang dianggarkan melibatkan kos keseluruhan RM20 bilion ringgit dengan jajaran lebih 1,000 kilometer,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Kapit itu, belanjawan tersebut juga membuktikan komitmen kerajaan untuk menyegerakan projek penyelenggaraan prasarana infrastruktur rakyat.

“Ia termasuk peruntukan RM2.7 bilion ringgit untuk menyenggara dan menaik taraf jalan Persekutuan, RM300 juta untuk penyelenggaran kecil Jalan Persekutuan dan RM100,000 bagi Jurutera Daerah membaiki segera jalan-jalan berlubang serta banyak lagi,” ujarnya.

Tegasnya, KKR akan terus mengambil inisiatif untuk merealisasikan pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan selari dengan hasrat kerajaan untuk mengimbangi pertumbuhan dengan konsolidasi fiskal yang mempunyai impak secara langsung kepada rakyat.

“Ternyata, komitmen kerajaan jelas dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara terus diberi keutamaan, manakala agenda pertumbuhan ekonomi negara terus
diperkasa dan diberi sokongan dalam fasa pemulihan dan pertumbuhan ini,” tambahnya.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit