ARTIKEL

Pemain Negeri Sembilan FC Sangsu An (kanan) menanduk bola ketika bersaing bagi mendapatkan bola dari pemain Kuala Lumpur City FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini. Keputusan penuh perlawanan Negeri Sembilan FC 0-2 Kuala Lumpur City FC.

KL City benam Negeri Sembilan FC 3-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas tewas 3-0 di tangan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu menghasilkan jaringan sebelum pasukan lawan berjaya meledak gol pertama menerusi tandukan kemas pemain kebangsaan Brendan Gan pada minit  ke-27.

Skuad KL City bimbingan Miroslav Kuljanac dari Croatia tampil lebih agresif dan lebih menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan dan hantaran tepat ke pintu gol pasukan tuan rumah.

Lima minit sebelum berakhir separuh masa pertama, skuad Hobin Jang Hobin hampir menyamakan kedudukan hasil tandukan  pemain pertahanan, Dzulfahmi Abdul Hadi depan pintu gol lawan menerusi hantaran kemas pemain import Jaque Faye.

Memasuki babak kedua perlawanan, skuad tuan rumah kehilangan Jacque Faye selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil S Logeswaran kerana mengasari Ryan Edward Lambert pada minit ke-53.

Pengadil perlawanan membuat keputusan itu menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) sekali gus menyukarkan Negeri Sembilan mengekalkan momentum perlawanan dengan 10 pemain.

Memanfaatkan peluang itu, skuad KL City terus memberi tekanan kepada tuan rumah dengan beberapa percubaan menarik di depan pintu gol namun dapat ditampan dengan baik penjaga gol, Muhamad Aqil Abdul Razak.

KL City meledakkan gol kedua menerusi rembatan kencang kaki kiri kapten Paulo Josue membolosi gawang tuan rumah sekali gus mengukuhkan kedudukan KL City mengutip tiga mata perlawanan pada minit ke-72.

Pasukan lawan kemudian berpeluang menambah jaringan menerusi tandukan pemain import Giancarlo Gallifuoco dari Australia namun terkena palang pada minit ke-85.

Kemudian pemain gantian S. Sharvin mengesahkan kemenangan pertama skuad KL City hasil tandukan kemasnya menerusi hantaran sepakan sudut Brendan pada minit ke-90.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Azzmi Ab Azizi kekal di tangga tercorot liga manakala KL City memperoleh tiga mata penuh pertama selepas tiga perlawanan untuk menghuni tangga ketujuh dengan empat mata.

BERNAMA

BERITA LAIN

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul