ARTIKEL

KL City berjaya benamkan Kelantan United, FC 3-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City FC (KL City) mengakhiri kemarau kemenangan selepas lima perlawanan apabila menewaskan Kelantan United FC 3-0 pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di sini, semalam.

Anak buah kendalian Nenad Bacina yang dilihat mendominasi perlawanan memecah kebuntuan pada minit ke-21 hasil penyudah Matko Zirdum sebelum Paulo Josue Sturmer dos Reis mencetak jaringan kedua pada minit ke-68.

Pemain gantian, Kipre Tchetche menutup jaringan apabila menanduk masuk bola ke gawang selepas menerima hantaran Sean Giannelli pada minit ke-78.

Kemenangan itu menyaksikan The City Boys melonjak ke tangga ketujuh Liga Super dengan 34 mata untuk mengetepikan PDRM FC menerusi perbezaan gol.

Sementara itu, di Stadium Bandaraya, George Town, menyaksikan Penang FC berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dengan menundukkan Sri Pahang 3-2.

Sri Pahang terlebih dahulu membuka jaringan minit ke-20 hasil ledakan Rafael Silva sebelum Abdeen Abdul menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-26.

Sri Pahang menggandakan kedudukan selepas Shazwan Andik meledak jaringan pada minit ke-62 namun Penang FC kembali menyamakan kedudukan menerusi Abdeen sekali lagi pada minit ke-64.

Izzat Zikri Iziruddin muncul wira Penang FC apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70.

Perlawanan di Stadium Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pula menyaksikan pemain Import Kedah, Ifedayo Olusegun menjaringkan empat gol untuk membantu Kedah FC berpesta gol membenam Kelantan FC 6-1.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU