ARTIKEL

Mahadhir Aziz

KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia dilihat mencapai kemajuan ketara dalam pembangunan bandar pintarnya sendiri, didorong oleh usaha bersepadu kerajaan untuk mengukuhkan infrastruktur digital yang penting.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Mahadhir Aziz berkata, usaha memupuk ekosistem dan infrastruktur digital, teknologi dan kecerdasan buatan (AI) yang mantap adalah penting untuk memudahkan peralihan Malaysia mencapai bandar pintar.

Beliau berkata kerajaan dengan kerjasama Kementerian Digital, MDEC dan kementerian lain berkaitan sedang giat menambah baik dan mengintegrasikan infrastruktur komunikasi, digital dan teknologi bagi menyokong peralihan negara ke arah bandar pintar.

“Dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan dan menggabungkan penyelesaian tenaga bersih dan boleh diperbaharui, bandar sedia ada boleh menjalani peralihan lancar ke bandar pintar,” katanya.

Bercakap pada sesi panel bertajuk ’The Evolution of Smart Cities’ semasa Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini, Mahadhir turut menjelaskan tentang komitmen teguh kerajaan terhadap transformasi digital yang sungguh menakjubkan.

“Kami meletakkan asas dengan membina dan meningkatkan komunikasi dan infrastruktur digital.

“Seterusnya, tumpuan kami akan beralih ke arah meningkatkan perkhidmatan bandar dan memupuk kesalinghubungan, tidak lama lagi menjadikan bandar Malaysia sebagai bandar pintar,” jelasnya.

Mahadhir menegaskan bahawa inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.

Beliau berkata, apabila lebih banyak entiti global mencari tapak pengembangan yang mementingkan alam sekitar dan maju dari segi teknologi, komitmen Malaysia terhadap pembangunan bandar pintar menyediakan peluang yang menarik. – BERNAMA

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA