ARTIKEL

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (dua kiri) bersama pemimpin lain di sidang akhbar KL20 Summit 2024 pada minggu lepas. - Foto: FB MyDigital

KL20 Summit pada 22-23 April dianggap sebagai “satu revolusi”

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dalam satu ciapan pada awal April, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyatakan KL20 Summit bukan sekadar satu persidangan tetapi “satu revolusi”.

Dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen KL pada 22 dan 23 April, sidang kemuncak itu ingin menjadi pemangkin yang dapat melonjak KL menjadi satu daripada 20 hab syarikat pemula global teratas menjelang 2030.

Berdasarkan apa yang kita dapat lihat dalam laman tersebut, ia sarat dengan ucaptama dan perbincangan yang berkisar sekitar syarikat pemula (startups), keusahawanan, modal perusahaan (venture capital), teknologi kewangan (fintech), AI (kecerdasan buatan), dan semikonduktor.

Ia juga telah diuar-uarkan sebagai wadah bagi syarikat pemula untuk berhubung dengan pelabur, mentor dan kolaborator berpotensi menerusi pelbagai aktiviti seperti ‘investor speed dating’, majlis makan tengah hari membina jaringan (networking lunches), dan ‘soirées’ (majlis santai).

Lebih 50 penceramah pakar akan menghadiri sidang kemuncak selama dua hari itu, yang dijangka dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Nothing, Carl Pei, dan Satya Nadella dari Microsoft.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU