ARTIKEL

KLBA manfaat empat pusat latihan untuk cungkil bakat baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR : Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) akan memanfaatkan empat buah sekolah yang dijadikan pusat latihan sukan itu sebagai medan mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi. 

Presiden KLBA Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata empat pusat latihan berkenaan mampu menempatkan kira-kira 3,000 hingga 5,000 peserta berbanding 80 peserta di satu pusat latihan di KLBA.

Beliau berkata sekolah terlibat sebagai pusat latihan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong Baru, SMK Sri Pantai, SMK Seri Bintang Selatan dan SMK Wangsa Melawati, setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) baru-baru ini. 

“Kita akan melibatkan peserta dari 292 buah sekolah di seluruh Kuala Lumpur. Sekarang lebih besar dengan adanya pusat latihan ini dan kita beri peluang kepada guru di sekolah itu untuk menjadi jurulatih dan mengambil sijil kejurulatihan badminton yang diiktiraf oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kejohanan Badminton Tertutup Jejak Juara 2023 di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan di sini hari ini. 

Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei ini, melibatkan acara perseorangan lelaki dan perempuan bagi kategori umur bawah 8, 10, 12, 14, 16 dan 18 tahun.

Mengenai kejohanan itu, Jahaberdeen memaklumkan ia adalah inisiatif KLBA menerusi Projek Jejak Juara 2022 hingga 2027 yang dilancarkan Ogos tahun lepas.

“Projek Jejak Juara ini merupakan satu daripada program blue print KLBA dengan projek ini mempunyai empat elemen utama iaitu Pembangunan, Kejohanan, Biasiswa Presiden dan Akademi Badminton Antarabangsa KL. 

“KLBA dengan kerjasama JPWPKL berhasrat ingin memecahkan rekod Malaysia dengan mendaftarkan Kejohanan ini di Malaysian Book of Records sebagai pemegang rekod Pertandingan Badminton Terbesar di Malaysia sekiranya jumlah penyertaan pemain mencecah 3,500 peserta,” katanya – BERNAMA 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri