ARTIKEL

KLIA di tempat kesembilan lapangan terbang TERBAIK dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi lapangan terbang kesembilan terbaik di dunia dari segi kualiti perkhidmatan pada suku pertama 2021 bagi kategori lebih 40 juta penumpang setahun (mppa), menurut satu kaji selidik.

Dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa, KLIA merekodkan skor 4.99 daripada 5.00, meningkat daripada 4.98 pada 2020 dengan KLIA menjadi antara 10 lapangan terbang terbaik dunia berdasarkan hasil kaji selidik yang sama.

Menerusi kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata selain KLIA, usaha pihaknya mempertingkatkan tahap perkhidmatan turut berhasil apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dinamakan sebagai lapangan terbang ketiga terbaik dunia bagi kategori dua hingga lima mppa, apabila mencatatkan skor 4.97 daripada 5.00 dalam kaji selidik ASQ pada tempoh yang sama.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Mei 2021

BERITA LAIN

BERITA TERBARU