Trending

KLIA dijangka dinaik taraf 2026 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Dengan mencecah 90 peratus kapasiti terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka dinaik taraf bermula 2026. 

Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin menjelaskan, bahawa Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) pada 2019 melantik perunding membangunkan Kajian Pelan Induk KLIA bagi tempoh 30 tahun sehingga 2050. 

Kajian Pelan Induk tersebut merangkumi keperluan pembangunan menampung keperluan pertambahan sehingga 140 juta penumpang setahun (million passengers per anum – mppa) dan keperluan kargo sehingga 2.5 juta tan setahun. 

Kementerian itu berkata, Terminal 1 KLIA berupaya menampung sehingga 30 mppa dan kapasiti dicapai pada 2030 Manakala, Terminal 2 KLIA pula menampung 45 mppa dengan kapasiti menjangkau 2030 ke atas. 

Pada 2019, Terminal 1 merekodkan sebanyak 29.2 mppa. Manakala Terminal 2 mancapai 33 mppa. 

Ketika ini, MAHB menaik taraf Sistem Transit Trek (TTS) dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) yang dijangka siap penghujung 2025.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru