KLIA terbaik dunia

KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik dunia menerusi kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global bagi kategori melebihi 40 juta penumpang setahun pada 2020.

Kaji selidik itu dijalankan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) manakala ASQ merupakan tanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kepuasan menyeluruh penumpang merangkumi aspek keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan serta kebersihan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataannya pada Isnin, menyifatkan pencapaian KLIA yang diumumkan oleh ACI pada awal bulan ini susulan usaha berterusan membabitkan inisiatif penambahbaikan biarpun terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata jumlah trafik penumpang bagi kumpulan MAHB masih rendah berikutan sekatan perjalanan domestik dan antarabangsa dengan hanya mencatat 1.6 juta pergerakan penumpang pada Februari lepas.

Bagaimanapun, katanya, lapangan tersebut akan tetap meneruskan projek-projek penting seperti pengubahsuaian kemudahan bilik air, pembentukan pasukan kecemerlangan operasi yang mengenal pasti serta mereka bentuk inisiatif penambahbaikan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

Suara Sarawak