ARTIKEL

Klinik Ibu dan Anak Bau dipindah ke Pejabat Daerah lama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang beroperasi di Hospital Bau akan berpindah ke Pejabat Daerah Bau yang lama sejurus dikosongkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, pemindahan tersebut telah pun dibincangkan antara Pejabat Daerah Bau dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. 

Menurutnya, pemindahan operasi klinik ke pejabat daerah yang lama dapat mengurangkan kesesakan dan masa menunggu ibu dan bayi mereka

“Ini lebih selesa untuk ibu-ibu yang datang ke klinik. Ia lebih dekat dengan pasar (Bau). 

“Pengangkutan dan tempat letak kereta juga senang, itu yang kita usahakan untuk penduduk Bau dan diharap dapat memberi keselesaan kepada orang ramai,” katanya pada sidang media di Kompleks Pejabat Daerah Bau, di sini hari ini.

Beliau menyaksikan penyerahan kunci pejabat antara Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bau Sandra Jujane Jutim kepada Pegawai Daerah Bau Constantine Gerald David Jonas.

Henry yang juga Adun Tasik Biru berkata, keadaan semasa di Hospital Bau juga tidak sesuai bagi ibu dan bayi yang menjalani pemeriksaan.

Jelasnya, ia kerana mereka perlu berkongsi tempat yang sama dengan pesakit yang lain.

Henry bercakap pada sidang media di Kompleks Pejabat Daerah Bau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu