ARTIKEL

Klinik kesihatan pindah lokasi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang beroperasi di Hospital Bau akan berpindah ke Pejabat Daerah Bau yang lama sejurus dikosongkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, pemindahan tersebut telah pun dibincangkan antara Pejabat Daerah Bau dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. 

Menurutnya, pemindahan operasi klinik ke pejabat daerah yang lama dapat menyuraikan kesesakan dan masa menunggu ibu dan bayi mereka.

“Ini lebih selesa untuk ibu-ibu yang datang ke klinik. Ia lebih dekat dengan pasar (Bau). 

“Pengangkutan senang, letak kereta juga senang. Itu yang kita usahakan untuk penduduk Bau dan mengharapkan memberi keselesaan kepada orang ramai,” katanya pada sidang media di Kompleks Pejabat Daerah Bau, di sini semalam.

Beliau menyaksikan penyerahan kunci pejabat antara Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bau Sandra Jujane Jutim kepada Pegawai Daerah Bau Constantine Gerald David Jonas.

Henry yang juga ADUN Tasik Biru berkata, keadaan semasa di Hospital Bau juga tidak sesuai bagi ibu dan bayi yang menjalani pemeriksaan.

Jelasnya, ia kerana mereka perlu berkongsi tempat yang sama dengan pesakit yang lain.

“Kita telah berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, mereka boleh pindah dengan segera.

“Kalau mereka berpindah, kemudahan sedia ada semua sudah ada dan masih bagus untuk digunakan untuk beroperasi.

Penyaman udara ada, bilik ada, kerusi meja semua ada, tiada masalah,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU