Trending

Klinik Kesihatan Siburan baharu beroperasi hujung tahun ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBURAN: Klinik Kesihatan Siburan yang baharu dijangka beroperasi selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan (Penerbangan dan Jalan Raya) Datuk Dr Jerip Susil.

Menurut ADUN Mambong itu, setakat ini pembinaan klinik tersebut sudah mencapai 95 peratus tahap fizikal pembinaanya.

“Seramai 60,000 hingga 70,000 masyarakat di sekitar Siburan dan kawasan berdekatan bakal mendapat manfaat apabila klinik ini beroperasi sepenuhnya kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Komuniti Siburan sempena Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka di Bandar Baharu Siburan, hari ini.

Justeru, katanya, masyarakat di Daerah Siburan khasnya amat berterima kasih kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri kerana telah merealisasikan keperluan rakyat untuk mendapat kemudahan kesihatan baharu bagi menampung fasiliti sedia ada yang amat terhad.

“Dalam pada itu, saya memohon agar kelulusan tapak, peruntukan dan seterusnya kerja-kerja pembinaan Pusat Pentadbiran Bersepadu Daerah Sibura, menaik taraf dewan, pembinaan masjid daerah dan menubuhkan Majlis Daerah Siburan dapat dimulakan dengan segera susulan pelaksanaan projek itu telah diluluskan oleh Premier pada 15 November 2022,” tambahnya.

Sementara mengenai program tersebut, beliau menzahirkan penghargaan kepada Premier kerana singgah di Siburan sebelum meneruskan perjalanan konvoi ke Kota Samarahan, kerana ia memberi makna dan kenangan manis kepada komuniti di Siburan.

Abang Johari mengetuai Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka bermula di Serian, singgah di Bandar Baharu Siburan dan seterusnya ke Pusat Beli-Belah The Summer.
Abang Johari tiba di Bandar Baharu Siburan dan disambut oleh Jerip Susil

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru