Kluster Begalak, Song menjadi kluster terbaharu dilaporkan hari ini

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan satu lagi kluster baharu Covid-19 di daerah Song, Kapit yang dikenali sebagai Kluster Begalak, Song.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kluster Begalak merupakan kluster tempat kerja yang dikesan di sebuah penempatan kem pembalakan di kawasan Sungai Begalak, daerah Song, Kapit.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-11,650 merupakan seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 57 tahun. “Indeks kes ini juga merupakan pekerja di syarikat pembalakan tersebut yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 10 Mac lalu di Klinik Kesihatan Song,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, indeks kes berkemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti semasa berada di sekitar Pekan Song kerana tiada sejarah perjalanan keluar ke daerah lain sejak awal 28 Disember yang lalu.

……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 15 Mac 2021

Suara Sarawak