ARTIKEL

Kluster Jalan Usaha Jaya dan Kluster Tabuan Tranquility tamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kluster Jalan Usaha Jaya dan Kluster Tabuan Tranquility di Kuching diisytiharkan tamat hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata ia ekoran tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas melibatkan kluster terbabit.

Dalam pada itu, terdapat 90 kluster aktif di negeri ini dengan tiga kluster mencatatkan penambahan kes baharu iaitu Kluster Sungai Setajam, Kluster Industri 121 Kuala Baram dan Kluster Sentosa 2.

“Kluster Sungai Setajam mencatatkan penambahan 17 kes baharu, jumlah kumulatif bagi kluster ini adalah 94 kes.

“Kluster Industri 121 Kuala Baram pula mencatatkan dua kes baharu dengan jumlah kumulatif kes adalah 166 kes.

“Manakala Kluster Sentosa 2 turut mencatatkan penambahan dua kes baharu dengan jumlah kumulatif kes adalah 96 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, JPBN berkata Daerah Beluru bertukar status dari jingga ke merah hari ini setelah merekodkan 42 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala Daerah Asajaya bertukar status dari kuning ke jingga dengan 22 kes jangkitan tempatan direkodkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kanowit dan Sri Aman pula kembali ke status jingga dari merah dengan masing-masing merekodkan 36 dan 40 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari.

Terdapat 20 daerah berstatus merah di negeri ini dan enam daerah berstatus jingga manakala jumlah daerah berstatus kuning dan hijau kekal 11 dan 3 daerah.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU