HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kluster Jepak, Bintulu kluster terbaharu diisytiharkan hari ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan satu lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu Kluster Jepak, Bintulu. Keseluruhannya terdapat 49 kluster di Sarawak setakat ini.

Jawatankuasa Pengursan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, Kluster Jepak, Bintulu adalah satu kluster komuniti dalam kalangan penduduk dari sekitar Kampung Jepak di Daerah Bintulu yang telah menghadiri satu majlis doa selamat perkahwinan yang telah dianjurkan di kampung tersebut pada 3 April lalu.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes positif ke-18,498 yang merupakan seorang perempuan rakyat Sarawak dari kampung itu yang telah disaring melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Bintulu dan disahkan positif Covid-19 melalui ujian rT-PCR pada 7 April lalu.

“Indeks kes ini juga adalah penganjur kepada majlis doa selamat itu, serta berkemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut JPBN, hasil siasatan mendapati anggaran seramai 70 orang telah menghadiri majlis tersebut.

“Hasil siasatan lanjut dan saringan ke atas ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual kepada kes indeks ini serta mereka yang menghadiri majlis doa selamat tersebut, tambahan sebanyak 41 kes dikesan positif Covid-19.

“Sejumlah 102 individu telah disaring melibatkan kluster ini, iaitu 42 kes telah dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 36 orang negatif saringan pertama dan 24 individu yang menunggu keputusan ujian,” jelasnya.

JPBN memberitahu, kesemua kes positif melibatkan kluster ini telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan telah dimasukkan ke PKRC di Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru