KANOWIT: Sebanyak 12 rumah panjang di daerah ini dikenakan perintah sekatan pergerakan susulan dari Kluster Pasai.
Rumah-rumah panjang berkenaan ialah Rumah Benjamin Angki di Rantau Kemiding, Rumah Jelani (Rantau Kemiding), Rumah Maria Tembaga (Matau, Machan), Rumah Tibu (Bukong, Jagoi), Rumah Roma (Bukong, Jagoi), Rumah Anthony Ikus (Pedai), Rumah Dim (Machan), Rumah Engkulau (Bukong, Jagoi), Rumah Katerina Kujat (Nanga Sah), Rumah Manggie (Machan), Rumah Samsudin (Machan) dan Rumah Jelai (Nanga Tada).
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kanowit Supritendan Tega Bilong ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut beliau, kesemua rumah panjang tersebut dikenakan perintah sekatan dalam tarikh yang berbeza.
“Kesemuanya mempunyai kontak rapat dengan Kluster Pasai. Oleh itu penduduknya dikenakan sekatan pergerakan dan rumah panjang itu dikenakan sekatan pergerakan” ujar beliau.
Berita lanjut menyusul.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my