Kluster Sekubong, Sebauh tamat

KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak mengisytiharkan Kluster Sekubong, Sebauh tamat hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ianya setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan melibatkan kluster ini.

Bagaimanapun, katanya sebanyak 25 kluster masih aktif dengan tiga kluster yang mempunyai penambahan kes manakala 22 kluster tiada
penambahan kes.

“Penambahan kes melibatkan Kluster Jalan Muhibbah, Betong (49 kes), Kluster Emperoh Jambu, Kuching (5 kes) dan Kluster Jalan Green, Kuching (1 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala kluster yang tiada penambahan kes ialah Kluster Buloh, Selangau, Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan, Kluster Sungai Bakong, Meradong, Kluster Kejatau, Sri Aman, Kluster Jan Yong, Kapit, Kluster Geronggang, Kluster Mas Merah, Sibu, Kluster Univista, Samarahan dan Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching.

Selain itu Kluster Kidurong Dua, Bintulu, Kluster Nanga Lijan, Julau, Kluster Seruas, Beluru, Kluster Sebangkoi, Sri Aman, Kluster Jun Heng, Bintulu, Kluster Bintang Daily, Meradong, Kluster Jalan Pengiran, Matu, Kluster Tabong, Bau, Kluster Indah Riang, Kluster Rakut dan Kluster Jelita, Miri, Kluster Gelong, Kapit dan Kluster Pasai, Sibu termasuk Sub-Kluster Tangap (Subis).

Suara Sarawak