ARTIKEL

Kluster Selumit, Tanjung Manis menjadi kluster terbaharu diisytiharkan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan satu lagi kluster baharu hari ini iaitu Kluster Selumit, Tanjung Manis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kluster Selumit merupakan satu kluster di tempat kerja melibatkan sebuah agensi perkhidmatan awam di pusat pentadbiran kerajaan di Selumit, Tanjung Manis.

“Sejumlah 91 individu telah disaring iaitu 11 kes telah dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 33 kes didapati negatif dan 47 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif ini telah dirujuk ke Hospital Sibu dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Sibu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN mendedahkan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 85 kluster.

“Sebanyak tujuh kluster telah merekodkan 45 penambahan kes baharu manakala 77 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya