KUCHING: Ketua Menteri Kerajaan Sarawak membelanjakan RM242 juta untuk urusan berkaitan penularan Covid-19 di negeri ini setakat Mei 2021.
Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg perbelanjaan itu termasuk kos kuarantin, bekalan makanan, logistik, peralatan dan sebagainya.
Jelasnya, jumlah itu tidak termasuk pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 hingga 5.0 sebanyak hampir RM3 bilion bagi meringankan beban rakyat akibat ancaman pandemik Covid-19.
“Sebagai ketua pentadbiran negeri, saya ingin memberi jaminan, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melakukan yang termampu bagi menangani pandemik Covid-19 di Sarawak,” katanya dalam perutusan Hari Gawai 2021 yang disambut masyarakat Dayak esok.
Ketua Menteri berkata kerajaan GPS berusaha sedaya upaya untuk memastikan program
“Program imunisasi di Sarawak dijangka siap pada Ogos (2021) bagi 2.08 juta rakyat yang layak menerima vaksin,” katanya.
“Kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan kepada Kerajaan Sarawak mendapatkan perolehan vaksinnya sendiri, selain kelulusan bagi mewartakan hospital swasta sebagai pusat pemberian vaksin,” katanya.
Katanya lagi, Kerajaan GPS telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Sarawak ketika negeri dan negara dilanda pandemik Covid-19.
“Berani saya katakan tiada negeri yang memperuntukkan bantuan khas sebanyak yang telah diperuntukkan di bawah BKSS 1.0 hingga 5.0 berjumlah RM2.6 bilion.
“Tiada negeri yang menanggung kos kuarantin untuk rakyat dan tiada negeri yang membuat perolehan vaksinnya sendiri, hanya Sarawak,” tegasnya lagi.