Trending

KMJG: Hujan lebat, panas terik sanggup diredah demi semarak semangat Patriotisme

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SUNGAI BESAR: Walaupun cuaca yang tidak menentu, peserta program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat negeri Selangor kekal bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang konvoi tersebut berlangsung.

Peserta konvoi, Datuk Fendi Lokman, 57, berkata penyertaan dirinya dalam konvoi tersebut kerana atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang kepada kerajaan.

“Alhamdulillah, kita dah sampai penghujung Selangor, walaupun cuaca yang tidak menentu, semangat kami tidak luntur.

Sebab ini adalah satu daripada peranan dan tanggungjawab kita untuk sama-sama menyumbang kepada kerajaan, selain membuktikan rasa cinta kepada negara.

“Kami ingin tunjuk semangat patriotik, kami sangat sayangkan negara dan berharap pada semua lapisan masyarakat terutamanya anak muda untuk bersama-sama kami, bagi tunjukkan rasa sayang kita pada negara,” katanya.

Sementara itu, ketua konvoi di Selangor, Normaizatulakmal Tujad berkata KMJG di negeri itu menyaksikan kumpulan konvoi menjelajah lebih 322.3 kilometer (km) merentasi lima daerah dengan membawa bendera sebagai simbolik menzahirkan semangat patriotik.

Normaizatulakmal yang juga merupakan Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Selangor berkata konvoi yang turut disertai pelbagai agensi kerajaan itu bermula semalam di daerah Kuala Langat sebelum diteruskan ke daerah Klang, Kuala Selangor serta Sabak Bernam semalam dengan Gombak menjadi lokasi terakhir.

Katanya, di lokasi terakhir, Selangor akan menyerahkan Jalur Gemilang ke negeri seterusnya iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Sepanjang dua hari konvoi tersebut, saya sangat berpuas hati.

Rata-rata ahli konvoi mempunyai semangat kesepakatan yang tinggi selain masing-masing tetap bersemangat untuk menyanyi lagu Jalur Gemilang di setiap perhentian kita.

“Masyarakat Selangor juga memberikan sokongan yang meriah dan padu.

Saya dapat merasakan ia akan lebih meriah jika ia berlangsung pada hujung minggu,” katanya. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru