ARTIKEL

KMKK digesa agresif pastikan penduduk patuhi SOP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Gara-gara banyak SOP keselamatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 tidak dipatuhi, Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong (JPBB) Betong Gerald Rentap Jabu menggesa barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) agar bertindak lebih tegas.

Menurutnya, berdasarkan pengesanan aktif kes (ACD) dalam kalangan pesakit Covid-19, kebanyakannya berpunca daripada sikap sambil lewa atau tidak patuh SOP.

“Misalnya apabila ada kematian di rumah panjang, banyak saudara-mara atau penghuni serumah yang menziarahi bilik si mati, yang mana kehadiran tidak direkodkan atau ditulis dalam buku.

“Impaknya, pihak kesihatan berhadapan kesukaran untuk menjejak sesiapa yang pernah menziarahi si mati ketika proses ACD.

“Justeru itu, saya berharap barisan KMKK khususnya di Bahagian Betong agar dapat memberikan tumpuan terhadap pematuhan SOP di kawasan masing-masing,” katanya.

Adun Layar itu berkata demikian selepas ditanya tentang ketidakpatuhan SOP di beberapa daerah dekat sini, hari ini.

Jelasnya, melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan kompaun.

Terdahulu, Pegawai Kesihatan Bahagian Betong yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Johnny Pangkas dalam kenyataan kepada pentadbir di Daerah Betong dan Pusa bertarikh 25 Jun menyatakan pihaknya mengesan ketidakpatuhan SOP di kampung atau rumah panjang.

“Melalui pemantauan petugas Pejabat Kesihatan Bahagian Betong mendapati masih terdapat rumah panjang atau kampung yang tidak mengamalkan pematuhan SOP.

“Dan, tidak menyediakan peralatan dan kemudahan yang diperlukan,” katanya.

Beliau melalui Pejabat Daerah menggesa agar barisan KMKK masing-masing melakukan penambahbaikan dan mempergiatkan lagi aktiviti pematuhan SOP di kampung atau rumah panjang.

“Seperti biasa antara perkara yang harus dititikberatkan adalah pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sepanjang masa, penggunaan aplikasi MySejahtera, mengisi lengkap buku kehadiran dan penyediaan alat pengimbas suhu.

“Antara lain melantik petugas yang bertanggungjawab menjaga buku kehadiran terbabit, khususnya melibatkan kemasukan orang luar.

“Sila ambil perhatian juga tentang kes kematian, yang harus dimaklumkan kepada pegawai daerah,” tambahnya.

Rentap dalam perkembangan lain sekali lagi menyeru sesiapa yang layak menerima vaksin agar mendaftar untuk mendapatkan vaksin di PPV terdekat.

“Dengan mencapai imuniti kelompok baharu kita dapat menghentikan penularan wabak maut ini,” katanya.

 

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian