ARTIKEL

KMKK perlu menjaga perpaduan, muafakat kampung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memainkan peranan yang penting dalam pembekalan maklumat kerajaan serta mengurus tadbir kawasan masing-masing ketika Sarawak masih berada dalam tempoh darurat ketika ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, peranan yang dimainkan oleh KMKK ini akan membantu mengetengahkan segala polisi, dasar atau tindakan yang diambil kerajaan untuk dikongsi dengan masyarakat setempat.

Jelasnya, Sarawak telah diisytiharkan Proklamasi Darurat hingga 2 Februari tahun depan, sekaligus menggantung Pilihan Raya Negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

“Pengisytiharan darurat ini merupakan salah satu alternatif untuk kepentingan, kesihatan dan kebajikan rakyat namun, darurat ini juga boleh ditarik bila-bila masa sahaja kalau situasi pandemik beransur pulih dan atas nasihat-nasihat tertentu, PRN dapat dilaksanakan.

“Justeru itu, saya berharap agar KMKK ini terus menjaga kebajikan, keselesaan, isu dan masalah rakyat di kawasan mereka bukan untuk tempoh PRN sahaja kerana selain jentera parti, mereka ini yang beroperasi sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Sepakat Komuniti Peringkat Daerah Samarahan, 2021, yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan (Japen) bahagian Kota Samarahan, hari ini.

Tambah beliau juga, walaupun kalangan KMKK bukan orang politik, beliau menyeru Penghulu dan Ketua Kampung untuk menjaga perpaduan, muafakat di dalam kampung masing-masing.

“Saya percaya kalau kita menjaga permuafakatan, perpaduan dan pentadbiran kampung kita dengan baik, tidak akan ada suara sumbang akan dilontarkan oleh masyarakat terhadap kerajaan kita khususnya Kerajaan Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan