ARTIKEL

Bernama

Kod Sukan Selamat dilaksanakan di sekolah arus perdana tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tahun lepas akan dilaksanakan di semua sekolah arus perdana pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.


Beliau berkata perkara itu perlu memandangkan terdapat kumpulan besar yang terlibat dengan aktiviti sukan di peringkat sekolah, selain kod tersebut sudah diperluaskan ke sekolah sukan dan universiti menerusi KPM serta IPT tahun lepas.


Kod Sukan Selamat diperkenalkan pada Mac lepas oleh KBS – garis panduan tentang persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan serta penderaan dalam sukan.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU