Trending

Koktel buah segar De Restu Ummi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TIDAK dinafikan, buah mempunyai banyak khasiat dan ramai yang menjadikannya sebagai makanan harian.

Suraya Jakaria, 40, mendapat idea daripada buah untuk memulakan perniagaan koktel kerana baginya, semua orang makan buah sebab khasiatnya tinggi.

“Pada masa yang sama, saya ingin membantu kos perubatan ibu serta insan yang memerlukan bantuan di luar sana.

“Ini menyebabkan saya nekad memulakan perniagaan koktel buah-buahan dengan nama De’Restu Ummi Creamy Fruity Cocktail pada Julai 2020,” katanya kepada Suara Sarawak.

Suraya Jakaria atau lebih dikenali sebagai Ummi mendedahkan dia memilih buah segar untuk diletakkan bersama kuah koktel.

“Saya akan membeli buah sehari sebelum berniaga.

Buah dipotong sebelum berniaga agar buah tersebut masih segar dan tidak lebam.

“Buah yang digunakan adalah seperti anggur, buah naga, tembikai susu, tembikai kuning dan merah, laici serta betik.

“Manakala, cincau dan puding buatan saya sendiri.

Bagi kuah koktel, saya belajar dan mengolah sendiri,” ujar Suraya.

Dia memberitahu kuah koktelnya mempunyai dua perisa iaitu vanila dan santan gula apong.

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan daripada pelanggan dan ada mereka yang berpendapat kuah vanila seperti Aiskrim Vanila Mickey Mouse.

“Bagi perisa santan gula apong, memasaknya memakan masa tiga jam kerana saya mengambil berat akan kebersihan dan keselamatan makanan ini terutama untuk dijual kepada pelanggan.

“Dalam sehari, saya mampu menjual 150 hingga 200 bekas dan biasanya menyediakan buah tambahan kerana permintaan ramai,” katanya lagi.

Ummi mempunyai impian menjelajah seluruh Sarawak memperkenalkan koktelnya.

Setakat ini Suraya pernah berniaga di Oya, Mukah, Matu, Daro, Sarikei dan Sibu.

Katanya, cabaran dalam perniagaan ini hanya melibatkan kuantiti buah.

Jika satu jenis buah tidak mencukupi, dia berusaha mendapatkannya bagi memastikan rasa dan kuantiti koktel mencukupi.

Dia berharap agar perniagaannya berkembang dengan lebih maju dan sukses kerana dalam rezekinya terdapat rezeki orang lain.

Tambahnya, dia turut berkongsi rezeki koktel yang diperolehnya dengan membantu seorang anak yang ditidurkan di Hospital Bintulu dan seorang penghidap kanser di Makkah dengan mewakafkan kerusi lipat kepadanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru