ARTIKEL

Kolam renang Pusat Akuatik Pandelela kembali dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kolam renang di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya di sini kembali dibuka kepada orang awam.

Majlis pembukaan rasmi kolam berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sebentar tadi.
 
Karim memberitahu, pembukaan kembali kolam renang terbabit pasti memberi keceriaan kepada masyarakat terutama mereka yang ingin mandi dan bersantai bersama keluarga.

“Kita percaya pasti ramai yang teruja dengan pembukaan semula kolam ini yang secara tidak langsung dapat dijadikan pusat riadah bersama keluarga,” ujar Karim pada sidang media selepas majlis perasmian tersebut.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick, Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.