ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Sekalung Budi dan Ramah Tamah Aidilfitri DUBS di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching, malam tadi. - Foto Kredit: UKAS

Kolej Universiti I-CATS disaran tawarkan kursus aeroangkasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar kursus aeroangkasa dapat ditawarkan di Kolej Universiti i-CATS.

Menurutnya, dengan kerjasama syarikat yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Sarawak menyasar untuk menghasilkan reka bentuk cip kompaun yang disesuaikan bagi industri aeroangkasa.

Katanya, kerjasama juga akan dilaksanakan dengan SMD Semiconductor untuk melatih lebih ramai pakar reka bentuk cip dari Sarawak.

“Justeru, terdapat 50 individu yang telah lulus peperiksaan reka bentuk cip, dan kita memerlukan sekurang-kurangnya 500 lagi.

“Dengan perkembangan ini, dan penawaran kursus aeroangkasa, mungkin suatu hari nanti kita boleh melancarkan satelit sendiri,” katanya.

Beliau bekata demikian ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi dan Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching, malam tadi.

Tambahnya, sudah pasti perkara tersebut melibatkan cita-cita tinggi tetapi beliau percaya pemimpin masa hadapan akan dapat merealisasikannya.

Hadir sama, isteri kepada Premier Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat, Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF), Datuk Seri Abang Abdul Karim Tun Abang Openg serta wakil lain.

Baca lain  Kerajaan Sarawak lulus lebih RM150 juta bina projek fasa kedua Tebingan Sungai Tambirat
Abang Johari (tengah) merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain. – Foto Kredit: UKAS

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Pavilion Sarawak menyerlah di IMEX Frankfurt

KUCHING: Sarawak sekali lagi meningkatkan kedudukannya sebagai destinasi acara perniagaan utama di pameran perdagangan IMEX Frankfurt di Jerman, dengan melancarkan Pavilion Sarawak untuk tahun kedua

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali