PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Kolumbarium Kristian RM8.5 juta bakal dibina

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP... Uggah (kiri) dan Danald (kanan) ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Krismas-Anglican di St Thomas Cathedral Parish Hall FOTO:Ramidi Subari
BERCAKAP… Uggah (kiri) dan Danald (kanan) ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Krismas-Anglican di St Thomas Cathedral Parish Hall
FOTO:Ramidi Subari

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor) meluluskan peruntukan RM8.5 juta untuk pembinaan sebuah kolumbarium Kristian baharu di sini, tempat khas untuk penyimpanan abu mayat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju dengan cadangan Gereja Anglikan untuk membina kolumbarium baharu ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Krismas-Anglican di St Thomas Cathedral Parish Hall, di sini, hari ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
FOTO: Ramidi Subari

“Berhubung cadangan kolumbarium itu … ok. Boleh dapatkan dana daripada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas,” katanya.

Sementara, Uggah yang juga Menteri bertanggungjawab UNIFOR berkata selain projek kolumbarium, Premier juga telah meluluskan sejumlah RM3 juta untuk membeli perabot untuk House of Epiphany katedral itu.

“Kolumbarium itu menelan kos RM8.5 juta dan telah diluluskan. Jadi, UNIFOR akan meneruskan apa-apa yang perlu,” katanya.

Dalam pada itu, Bishop Anglican Kuching Datuk Danald Jute ketika ditemui, telah menyampaikan penghargaan kepada Abang Johari kerana meluluskan projek kolumbarium yang telah dirancang sejak sekian lama.

Danald menambah bahawa sebelum ini, beliau bertemu Premier Sarawak pada 28 Sept untuk memberi taklimat kepadanya mengenai projek itu dan respons daripada beliau positif.

Mengulas lanjut mengenai projek kolumbarium itu, ia akan dibina di antara Sekolah Menengah St Thomas dan Muzium Sarawak dengan menyediakan kira-kira 14,000 ceruk untuk diletakkan tempayan (tempat letak abu).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan