ARTIKEL

KOM bakal lantik 11 jurulatih baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam proses memperkukuhkan struktur kejurulatihan dengan pelantikan 11 jurulatih baharu termasuk empat ketua jurulatih.

Pengarah Teknikal KOM Robert Ballard berkata pelantikan barisan jurulatih baharu itu adalah sebahagian rancangan kesatuan berkenaan untuk meningkatkan prestasi atlet menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand dan temasya sama edisi 2027 yang dijadualkan berlangsung di sini. 

Selepas menerima lampu hijau daripada Majlis Sukan Negara (MSN) pada mesyuarat semalam, Ballard berkata mereka akan mengiklankan kekosongan jawatan itu tidak lama lagi dan berharap dapat menyelesaikan urusan pelantikan seawal-awalnya Julai ini.

“Kami mencari ketua jurulatih antaranya dalam larian pecut, lari berpagar, larian jarak sederhana dan jauh serta acara balingan.

“Kami berterima kasih kepada Ketua Pengarah MSN Abdul Rashid Yaakub memandangkan kami memperoleh hasil (daripada mesyuarat) yang sangat baik untuk olahraga,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Ballard, jawatan jurulatih terbuka kepada calon dari seluruh dunia, selain turut menggariskan ciri-ciri khusus yang menekankan kepada kepentingan pengalaman luas di peringkat antarabangsa, kemahiran mengajar yang baik, serta keupayaan menggabungkan program latihan dengan sains sukan secara efektif.

Jurulatih dari Australia itu optimis pelantikan jurulatih baharu tersebut akan membantu menggandakan kutipan pingat emas pasukan olahraga negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja dalam edisi temasya dwitahunan itu akan datang.

Sementara itu, Ballard yang pernah bertanding di Olimpik berkata jurulatih baharu perlu memberi tumpuan kepada kategori acara yang berdepan isu kekurangan bakat antaranya lontar peluru.

“Misalnya, jurulatih tersebut perlu membina kumpulan bakat (sukan) lontar peluru kerana pada masa ini kita hanya mempunyai bilangan atlet yang sangat kecil, satu atau dua atlet sahaja pada peringkat tinggi.

“Jadi kita perlu menjadikan daripada dua kepada lapan (atlet.) Itulah yang perlu dilakukan dan itu akan menjadi cabaran mereka,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri