ARTIKEL

Gambar video yang dipaparkan dalam media sosial menunjukkan Pasukan Pengawal Revolusi Iran turun menggunakan tali dari helikopter ke kapal MSC Aries, berhampiran Selat Hormuz. - Foto: AFP

Komando Tentera Laut Iran rampas kapal warga Israel di Selat Hormuz

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL, Turkiye: Komando Tentera Laut Iran merampas sebuah kapal kontena milik seorang jutawan Israel, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan media Israel. 

Menurut Channel 14 di Israel dan Times of Israel, kapal yang dirampas di Selat Hormuz ialah ‘MSC Aries’ yang didaftarkan di Portugal dan dimiliki oleh Zodiac Maritime, sebuah syarikat perkapalan dimiliki jutawan Israel, Eyal Ofer. 

Bagaimanapun, Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) berkata dalam satu kenyataan bahawa sebuah kapal telah dirampas dalam kawasan itu tanpa memberikan sebarang butiran.

“Kapal itu dilaporkan disita oleh pihak berkuasa di rantau itu,” kata UKMTO sambil memaklumkan “kapal dinasihatkan untuk singgah dengan hati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti yang menimbulkan kesangsian UKMTO”. – BERNAMA-ANADOLU

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).