ARTIKEL

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata beliau mahu golongan petani di Ba’kelalan giat mengkomersialkan beras tersebut, dengan mempromosikan kualiti, keunikan dan nilainya.

“Beras Adan ini memiliki hak milik intelektual (IP) dan diiktiraf sebagai beras organik premium.

“Saya berharap komuniti petani Ba’kelalan mengambil inisiatif untuk menghasilkannya secara komersial dan mempromosikan keunikan serta nilai beras Adan ini,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Beras Adan 2024.

Tambah Mutang, para petani perlu menjalankan usaha itu secara kolektif serta bekerjasama memulakan inisiatif pengeluaran komersial.

Jelas beliau, bagi merealisasikan usaha itu, komuniti petani dialu-alukan untuk memohon bantuan dan sokongan daripada agensi kerajaan, terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, penjenamaan, promosi serta pemasaran beras Adan hingga ke pasaran antarabangsa.

Pesta beras yang berlangsung selama dua hari bermula 19 April itu menawarkan pelbagai aktiviti seperti jamuan rakyat, sukan dan tarian tradisional, selain pertunjukan kebudayaan dan masakan Lun Bawang.

Pada majlis itu, Mutang turut memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pihak penganjur bagi menjayakan sambutan Pesta Beras Adan 2024.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, Timbalan di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Ahmad Nazri Mohd Hassan, dan Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Nor Zaini Badrun.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA