ARTIKEL

Komersialkan penanaman daun ketum sebagai makanan alternatif haiwan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dayang Noorazah Awang Sohor

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor mencadangkan agar Kerajaan Sarawak mengkomersialkan penanaman daun ketum atau daun ketum ayam atau mandre de agua untuk dijadikan makanan alternatif haiwan.

Beliau berkata, menurut pengasas Changloon Agro Farm di Changlun, Kedah, Azuwan Azlan, penanaman tumbuhan tersebut mudah dan boleh dimakan oleh semua haiwan ternakan.

“Ia tidak mempunyai sebarang kesan negatif terhadap haiwan ternakan. Malah, ternakan menjadi lebih sihat, dan kualiti daging hampir sama dengan kualiti organik.

“Pada masa sama, pembekalan tumbuhan ini disambut baik di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Jadi, jika tumbuhan ini boleh dikomersialkan di Sarawak, maka ia secara langsung boleh membantu pertumbuhan ekonomi dalam industri tanaman dan penternakan,” katanya ketika membahas Belanjawan Negeri 2023 pada Persidangan DUN, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan peruntukan membaiki atau menaik taraf saliran kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ditingkatkan setiap tahun supaya isu banjir kilat dapat dikurangkan.

Sebagai contoh katanya, kawasan ladang di Maludam dan Triso sering musnah akibat limpahan air hujan dan banjir ketika musim hujan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU