ARTIKEL

Komited atasi masalah banjir di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dalam usaha mengurangkan masalah banjir, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM17.868 juta untuk pelaksanaan projek sistem saliran bandar dan mitigasi banjir.

Timbalan Premier Datuk Sri Dr Sim Kui Hian berkata, ia merangkumi pelbagai projek pembaikan sistem saliran di seluruh negeri dan sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM68 juta untuk 10 projek tebatan banjir dan pembaikan saliran di Sri Aman di bawah Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA).

“Kesemua 10 projek itu dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, empat daripadanya di bawah tebatan banjir untuk kawasan Kejamut dan dijangka bermula secara fizikal pada Jun ini,” katanya.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian pada sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, semalam.

Sementara di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA), katanya Sarawak telah meluluskan peruntukan siling sebanyak RM24.806 juta untuk dilaksanakan.

“Manakala Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM14.698 juta tahun ini untuk lima projek tebatan banjir.

“Daripada jumlah itu, dua kini dalam peringkat reka bentuk, satu pada peringkat tender
dan dua lagi iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu Fasa 3 dengan projek kos RM84 juta telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 95 peratus dan dijadualkan siap pada suku ketiga tahun ini.

“Bagi RTB Sungai Stakan Kuching kini dalam pembinaan peringkat dan dijangka siap pada suku pertama tahun depan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti