ARTIKEL

Komited bantu pekebun kecil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membantu pekebun kecil terutamanya yang terlibat dalam sektor getah.

Menurut KPK dalam kenyataan, harga produk ini adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran antarabangsa.

“Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi harga getah asli ialah prestasi pasaran hadapan, harga minyak mentah dunia, kadar pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi negaranegara pengeluar serta pengimport utama getah dunia,” katanya.

Ia merujuk kepada laporan akhbar tempatan bertajuk “Tiada lagi hasil getah Malaysia?” yang menyentuh mengenai harga getah rendah dan berterusan tidak stabil.

Katanya KPK telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya Insentif Pengeluaran Getah (IPG), menaikkan Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG kepada RM2.70 daripada RM2.50 sekilogram dengan peruntukan berjumlah RM350 juta dan memperkenalkan Program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) bagi membantu industri tersebut.

“Setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program IPL akan menerima bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara sekali beri (oneoff),” katanya.

Menurut KPK, agensi di bawahnya, Lembaga Getah Malaysia (LGM) juga telah menambah baik proses pembayaran bagi memudahkan penyaluran bantuan seperti IPG dan IPL.

Bagi menghadapi cabaran kekurangan buruh asing dan menarik minat generasi pelapis, katanya LGM telah memperkenalkan konsep pembangunan getah secara berkelompok.

“Kolaborasi strategik antara kerajaan dan entiti bukan kerajaan atau syarikat swasta telah diperkenalkan melalui penambahbaikan model dan struktur operasi pekebun kecil dan rangkaian bekalan getah di peringkat huluan.

“Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing selain dapat menarik minat generasi pelapis untuk berkerjaya dalam industri getah,” katanya.

Bagi meningkatkan penggunaan getah asli di Malaysia, katanya kerajaan juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM50 juta untuk penggunaan Cuplump Modified Bitumin (CMB) untuk penyelenggaraan jalan dalam Belanjawan 2023, antara teknologi yang dibangunkan oleh LGM.

“Kementerian mengalu-alukan cadangan dan saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah ke arah meningkatkan industri getah negara.

“Untuk makluman berhubung saranan supaya semua agensi berkepentingan mahupun industri untuk duduk bersama adalah satu pendekatan yang sentiasa diamalkan oleh KPK.

“Kerajaan sentiasa komited dalam merangka dasar dan strategi untuk meningkatkan daya saing dan daya maju industri getah negara,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan