ARTIKEL

Komited beri perhatin penuh untuk Serian – Riot

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Riot berucap pada Majlis Apresiasi PRU-15 di Awah Gawai Kampung Pichin.

SERIAN: Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem tiada rasa kecewa apabila tidak dinamakan dalam kabinet Kerajaan Perpaduan meskipun memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan jumlah undi yang banyak.

Katanya, perhatian dapat diberikan sepenuhnya berhubung apa yang beliau bayangkan mengenai Serian pada lima tahun akan datang serta memberi tumpuan untuk berkhidmat di konstituensi tersebut.

Ahli Parlimen selama lapan penggal itu berkata, beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang perkhidmatan sebagai menteri dan kini memberi peluang kepada golongan muda untuk melaksanakan tugas dalam kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah melalui zaman kegemilangan, lima tahun sebagai menteri penuh dan empat tahun sebagai timbalan menteri. Saya telah berikan yang terbaik, malah antara yang berprestasi tinggi pada masa itu.

“Walaupun tidak diberikan jawatan kabinet, saya tidak kecewa. Ia adalah prerogatif Perdana Menteri. Namun, jika diberikan mungkin saya masih boleh lakukan.

“Memandangkan saya bukan menteri sekarang, masa depan Serian akan kelihatan pada seperti yang dibayangkan dan dimahukan dalam tempoh lima tahun. Jika ia dapat dicapai, saya akan sangat gembira,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Majlis Apresiasi PRU-15 di Awah Gawai Kampung Pichin, semalam.

Untuk rekod, Riot pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri dari 2010 hingga 2013 sebelum dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia pada 2013 hingga 2018.

Sementara, pada 2020 hingga tahun ini, beliau dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta