ARTIKEL

Komited sedia keperluan asas luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi terus komited menyediakan keperluan asas khususnya bekalan elektrik, air dan telekomunikasi kepada penduduk kawasan pedalaman dan luar bandar. 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, ia antara komitmen Kerajaan Sarawak dalam merapatkan jurang komunikasi dan utiliti di kawasan bandar dan luar bandar. 

Malah katanya, sehingga kini projek bekalan elektrik, air dan telekomunikasi masih lagi dalam peringkat pelaksanaan dan menunggu masa untuk disiapkan. 

“Justeru, kita minta penduduk di kawasan pedalaman bersabar kerana usaha ini ialah usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan Sarawak bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya semasa ditemui media selepas melakukan lawatan kerja ke Rumah Richards Umkar di Sungai Serupai Tengah di sini. 

Pada masa sama, beliau menggesa penduduk di kawasan terbabit untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan arus perdana seperti yang sedang giat dilaksanakan di kawasan bandar. 

Katanya, Kerajaan Sarawak juga mahu penduduk di luar bandar terlibat secara aktif dalam pembangunan arus perdana seperti di kawasan bandar. “Ini yang kita tekankan di dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) iaitu keterangkuman,” katanya lagi.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim