KUCHING: Seramai 11 individu termasuk seorang pemilik premis dikompaun akibat tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu tiada penjarakan fizikal ketika berada di sebuah premis Jalan Song, semalam.
Premis tersebut telah diserbu Pasukan oleh Pasukan Op Pematuhan Ibu Pejabat Daerah Kuching sekitar jam 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmom Bajah berkata, kesemua individu terbabit yang dikompaun masing-masing berusia lingkungan 35 hingga 53 tahun.
“10 individu iaitu pelanggan dikompaun RM1,500 setiap seorang manakala premilik premis dikompaun RM10,000.
“Kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-langkah didalam kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Pelan Pemulihan Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tegas beliau, masyarakat sekali lagi diingatkan untuk terus mematuhi SOP demi kebaikan bersama.
