ARTIKEL

KOMPILASI JUARA LAGU ASLI MAJLIS SENI SARAWAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NYANYIAN LAGU ASLI menjadi salah satu elemen dalam muzik tradisional Melayu bagi melambangkan identiti masyarakat tersebut.

Nyanyian lagu Melayu asli dengan dasar liriknya menggunakan rangkap pantun Melayu bagi menyampaikan maksud dan kandungan lagu.

Walaupun kebanyakan lagu Melayu asli tidak diketahui penciptanya, namun karangan rangkap pantun kadang-kadang turut digubah semula oleh penyanyi bagi menonjolkan keunikannya yang tersendiri. Malah, ia sangat dekat dengan jiwa dan hati budi Melayu jika dilihat dari segi penciptaan pantunnya yang sering dikaitkan dengan kesantunan budi.

Justeru, Athea Event Management dengan sokongan Majlis Seni Sarawak (MSS) melalui Program Geran MySeni diamanah melaksanakan Album Kompilasi Juara Lagu Asli MSS 2023.

Pengurus Athea Event Management, Amir Hamzah Jahidin berkata objektif pembikinan Kompilasi Nyanyian Lagu Melayu Asli ini adalah untuk memulihara serta mendokumentasikan nyanyian para pemenang pertandingan peringkat zon Festival Nyayian Lagu Asli anjuran Majlis Seni Sarawak.

“Ia memupuk semangat mencintai seni terutama dalam bidang muzik Melayu asli dan nyanyian kepada pelajar sekolah, universiti dan komuniti seni Sarawak.

“Pendedahan kepada kepada komuniti seni serta persatuan kesenian sekitar Kuching tentang pencapaian penyanyi lagu Melayu asli Sarawak,” katanya.

JALIN HUBUNGAN

Bukan itu sahaja, ujarnya ia turut mempromosi serta menampilkan bakat seni tempatan dalam bidang nyanyian lagu Melayu asli. 

Di samping itu, Amir memberitahu ia turut membina jalinan kerjasama antara persatuan dengan badan kerajaan yang berkaitan kebudayaan seperti Majlis Seni Sarawak (MSS) “Proses penerbitan album bermula dengan pemilihan penyanyi yang terlibat dalam rakaman. 

“Mereka yang terpilih dari kalangan Juara Pertandingan Nyanyian Lagu Asli Peringkat Zon 2023. Zon yang terlibat ialah zon selatan, tengah dan utara,” jelas Amir. 

Antara penyanyi yang terlibat ialah Abidin Jamuluddin dan Azeemah Buang (zon selatan), Mohd Zain Jaafar dan Nooraininna Safi ah Ahmad Zaidi (zon tengah), Merazan Merchang dan Nurhayatidewi Zaini (zon utara).

Menurut Amir, sebanyak lapan buah lagu dirakamkan seperti Embun Menitik, Gunung Bentan, Tudung periuk, Patah Hati, Sri Mersing, Anak Raja Turun Berad, Nasib Panjang dan Mas Merah. Kesemua lagu ini digubah semula oleh Amir sendiri. 

TINGKATKAN KUALITI INDUSTRI MUZIK

“Diharapkan dengan perlaksanaan program Kompilasi Nyanyian Juara Lagu Melayu Asli ini dapat memberi pelbagai manfaat dan pengalaman baharu kepada komuniti dan penggiat seni di Sarawak untuk menikmati dan menghargai nyanyian lagu Melayu asli. 

“Kami juga berharap semoga program ini menjadi sumber inspirasi dan rujukan bagi penggiat seni di Sarawak dalam mempertingkat mutu dan kualiti dalam seni persembahan nyanyian lagu asli serta dapat menghasilkan penyanyi berkualiti,” katanya. 

Difahamkan, majlis pelancaran diadakan pada 16 Disember, 2 petang di tingkat LG Riverside Shopping Mall, Kuching.

LAIN-LAIN BERITA

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

Untuk apa berpersatuan penulis?

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan

BERITA TERBARU