ARTIKEL

Henry (tiga kiri) merasmikan Majlis Penutupan Kempen e-Duit di Balai Raya Kampung Serikin sambil disaksikan tetamu lain.

Kompleks ICQS Serikin dijangka siap hujung 2026-awal 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin dijangka siap pada penghujung 2026 atau awal 2027.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Harry Jinep, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) kini sedang mengadakan perundingan berkaitan reka bentuk kompleks itu mengikut keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kami menjangka akan menghadiri sesi penilaian kejuruteraan tidak lama lagi untuk melihat keseluruhan projek dan memastikan ia kekal dalam bajet RM50 juta.

“Bajet ini diperuntukkan bagi memastikan semua kemudahan yang diperlukan disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kempen e-Duit di Balai Raya Kampung Serikin di sini, hari ini.

Henry bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru itu juga menambah bahawa reka bentuk akan merangkumi ciri penting seperti lorong khusus bagi bas, kenderaan komersial, kereta persendirian dan motosikal untuk mengurangkan kesesakan, terutamanya semasa cuti.

Katanya, kemudahan asas ini penting bagi mengelakkan isu lalu lintas seperti yang berlaku di sempadan Miri, Lawas dan Limbang.

“Serikin dijangka menjadi lintasan sempadan utama dan jika berlaku kesesakan, ia akan menggagalkan tujuannya,” tambahnya.

Sementara itu, Henry memberitahu bahawa proses tender dijadualkan pada September, dengan pembinaannya dijangka bermula pada awal 2025.

Henry melahirkan keyakinan bahawa kontraktor yang cekap boleh menyiapkan projek itu dalam tempoh dua tahun bagi membolehkan kompleks ICQS beroperasi selewat-lewatnya awal 2027.

“Kita tidak mampu untuk menangguhkan pembinaan ini kerana Jagoi Babang sudah lengkap dan mencapai standard yang tinggi. Kita mesti sepadan atau melebihi piawaian ini,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Rangka manusia ditemui dalam semak kebun durian

BATU PAHAT: Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar