ARTIKEL

Saifuddin ketika berucap pada sidang media sempena Majlis Perasmian Baitul Mahabbah Depot Imigresen Bekenu

Kompleks ICQS Tebedu, Kalabakan jadi keutamaan dinaik taraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Tebedu, Sarawak dan Kalabakan, Sabah ditetapkan sebagai keutamaan untuk dinaik taraf.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keutamaan itu ditetapkan selepas Indonesia merancang untuk memindahkan ibu kotanya ke Nusantara iaitu sebuah bandar baharu yang dirancang di pantai timur Borneo.

“Memandangkan kepentingan strategik lokasi ini di sepanjang sempadan Sarawak-Sabah dan penubuhan Nusantara, kami komited untuk membangunkan kompleks ini bagi memenuhi standard kecekapan dan keselamatannya.

“Kompleks ICQS di Tebedu dan Kalabakan menjadi keutamaan kami untuk dinaik taraf, dan ia dijadualkan secara menyeluruh yang juga melibatkan peruntukan kakitangan, infrastruktur dan kapasiti operasi keseluruhan.

“Ia dijangka memperkemas pergerakan dan perdagangan merentas sempadan, dan meningkatkan keselamatan serta aktiviti ekonomi di rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan penambahbaikan kompleks juga merangkumi pengembangan dan pemodenan kemudahan termasuk Imigresen, Kastam serta pembinaan jalan raya, malah penempatan anggota polis dan keselamatan tambahan.

Jelasnya, inisiatif tersebut dijangkan memudahkan transit yang lebih lancar dan selamat antara Malaysia dan ibu negara baharu Indonesia serta memupuk integrasi ekonomi serta sosial di rantau ini.

BERITA LAIN

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu