ARTIKEL

Kompleks keperluan khas bakal siap 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pembinaan ‘Enabling Village’ yang merupakan kompleks keperluan khas di Kota Samarahan dijangka siap menjelang 2026.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pembinaan bangunan tersebut masih di peringkat pelantikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Bangunan ini akan menampung semua keperluan khas terutama mereka yang benar-benar bergantung kepada penjaga.

“Apabila penjaga mereka meninggal dunia, tempat seperti Enabling Village menjadi tempat yang baik untuk mereka singgah dan paling penting mereka terjaga.

“Kampung ini akan didirikan di atas tanah seluas 10,000 hektar di Kota Samarahan, jadi ia boleh menampung semua spektrum dan keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Intelek Sarawak (PERKATA) di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Fatimah berkata, perbincangan akan diadakan dalam kalangan kakitangan, guru dan penjaga kanak-kanak berkeperluan khas dan dewasa.

“Kita perlu mendengar pelbagai perspektif terutama daripada kumpulan berkaitan sebelum membuat keputusan berhubung penempatan ini.

“Apabila kita mendapat pendapat mereka, barulah kita tahu apa yang diperlukan untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Bercakap mengenai lawatannya, Fatimah menambah, sehingga 31 Oktober lalu, PERKATA mempunyai seramai 81 pelajar dengan 51 daripadanya lelaki dan 30 pelajar perempuan berumur 4 hingga 17 tahun.

“PERKATA mempunyai kirakira 20 kakitangan akademik dan tujuh kakitangan bukan akademik dan secara amnya PERKATA mempunyai reputasi yang baik dalam menyediakan latihan dan pendidikan berterusan kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

“Lembaga Jawatankuasa PERKATA Sarawak sentiasa berusaha keras untuk memastikan setiap pelajarnya berjaya di sekolah seperti yang dihasratkan,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,

BERITA TERBARU

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke