KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan bahawa kewujudan kompleks yang terletak berhadapan dengan Pusat Penerangan Islam di Jalan Ong Tiang Swee itu mencerminkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian sempena sambutan Hari Malaysia.
Beliau yang diwakili oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 menegaskan bahawa kewujudan dua institusi keagamaan yang berjiran itu membuktikan semangat hidup bersama tanpa persaingan.
Menurut beliau, nilai sebenar Malaysia yang menghargai perbezaan tanpa menjadikannya punca perpecahan perlu terus dipelihara sebagai asas pembangunan negeri.
Beliau menambah bahawa pengalaman Sarawak membuktikan masyarakat pelbagai latar belakang mampu bergerak ke hadapan dengan matlamat yang sama tanpa perlu menghapuskan perbezaan untuk mencapai perpaduan seperti dilapor TVS.

