MIRI: Seorang wanita bersama-sama dua lelaki warganegara asing ditangkap disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah premis hiburan, di sini.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata ketiga-tiga suspek termasuk wanita tempatan itu ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak sekitar jam 6 petang, Rabu semalam.
“Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai, sekali gus merampas barang kes disyaki dadah seberat 861 gram dianggarkan bernilai RM23,800,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.
Pihak polis turut menyeru agar orang awam menyalurkan maklumat berkaitan segera agar kegiatan ini dapat dibanteras bersama-sama.