Trending

KOMPOS BAJA DARI SISA MAKANAN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PENGKOMPOSAN di rumah ialah cara terbaik untuk penggunaan tanaman sekali gus membantu menjimatkan tempat pelupusan sampah daripada membuang sisa makanan.

Para pekebun juga boleh membuat kompos dengan beberapa jenis sisa di halaman seperti daun kering, keratan rumput dan tumbuhan dan lain-lain.

Terlalu rumit, berbau busuk dan tidak kemas merupakan perkara biasa dalam proses pengkomposan di rumah. Jika pekebun mengkompos dengan cara yang salah, ia pasti mendatangkan perkara yangtidak menyenangkan, tetapi mempelajari cara membuat kompos dengan cara yang betul sebenarnya agak mudah.

GABUNGKAN BAHAN HIJAU DAN COKLAT

Pekebun membuat timbunan kompos panas dengan sendiri perlu mempunyai bahan yang mencukupi untuk membuat longgokan sekurangkurangnya tiga kaki dalam dengan gabungan barang basah (hijau) dan barang kering (coklat). Bahan coklat termasuk bahan tumbuhan kering, daun gugur, dahan pokok yang dicencang, kadbod, akhbar, jerami dan pencukur kayu.

Bahan hijau termasuk sisa dapur, serbuk kopi, baja haiwan (bukan daripada anjing atau kucing) dan pemangkasan tumbuhan serta rumput segar.

Untuk penghasilan kompos terbaik, mulakan timbunan kompos anda dengan mencampurkan tiga bahagian bahan perang dengan satu bahagian bahan hijau.

Jika longgokan kompos kelihatan terlalu basah dan berbau tidak menyenangkan, tambahkan lebih banyak bahan coklat atau campurkan kompos anda menggunakan alat garpu taman untuk saluran udara.

Jika ia kelihatan sangat perang dan kering, tambahkan bahan hijau dan air untuk menjadikannya sedikit lembap.

SIRAM TIMBUNAN KOMPOS

Siramkan air atas timbunan kompos dengan kerap supaya ia mempunyai konsistensi yang lembap. Jangan tambah terlalu banyak air atau mikroorganisme dalam timbunan kompos akan menjadi berair dan lemas. Jika ini berlaku, longgokan akan reput dan bukannya kompos. 

Pekebun boleh memantau suhu longgokan kompos dengan termometer kompos untuk memastikan bahan tersebut mereput dengan betul. Selain itu, cukup capai bahagian tengah timbunan kompos dengan tangan dan timbunan kompos sepatutnya terasa hangat.

KACAUKAN TIMBUNAN KOMPOS

Kacaukan timbunan kompos seminggu sekali dengan garpu taman atau alatan taman lain. Masa terbaik untuk kacau kompos adalah apabila bahagian tengah longgokan terasa hangat atau thermometer pada 130°F dan 150°F. Mengacau timbunan kompos membantu ia masak lebih cepat dan menghalang bahan daripada menjadi kusut dan mengeluarkan bau. Pada ketika ini, lapisan coklat dan hijau memenuhi tujuannya jadi tidak mengapa untuk mengacau sebati dan mencampurkan kedua-dua bahan tersebut.

KOMPOS SIAP SEDIA DIPAKAI

Apabila longgokan kompos tidak mengeluarkan haba dan menjadi kering, perang dan rapuh, ia masak sepenuhnya dan sedia untuk dipakai. Tambah kira-kira 4 hingga 6 inci kompos ke beg kebun dan lapisan tebal pada bahagian atas pasu. Setiap tukang kebun adalah berbeza, jadi terpulang kepada anda untuk memutuskan kaedah pengkomposan yang paling sesuai dengan gaya hidup anda.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada

IPG BERSELAWAT

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) mengadakan Program Majlis

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada