ARTIKEL

Komuniti maritim harus waspada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUSIM tengkujuh atau Monsun Timur Laut bakal melanda di beberapa negeri pantai timur termasuk Sabah dan Sarawak meresahkan penduduk terutama yang tinggal berhampiran sungai dan pesisir pantai. 

Hujan lebat berterusan untuk tempoh panjang boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. 

Malah sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir kemungkinan besar boleh berlaku. 

Mungkin ada dalam kalangan mereka yang tidak senang duduk apabila terpaksa mengharungi musim hujan begitu lama apatah lagi bagi komuniti maritim yang bergantung sepenuhnyua dengan sungai dan laut sebagai sumber rezeki.

Sepanjang enam bulan bermula akhir Oktober hingga April adalah waktu getir buat mereka terutama nelayan kecil yang menjalankan aktiviti perikanan dan penangkapan ikan di kawasan pesisir pantai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) akan bermula 11 November ini hingga Mac 2024.

Menurut Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah, dijangka berlakunya empat hingga enam episod hujan lebat dalam tempoh tersebut.

Katanya, semasa fasa awal MTL dari November 2023 hingga Januari 2024, episod hujanlebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.

Dalam pada itu, komuniti maritim harus sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan keadaan laut ketika ingin melakukan aktiviti perikanan. 

Sebagai langkah keselamatan, mereka perlu membuat persediaan awal yang rapi bagi memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. 

Justeru amat penting jika mereka mendapatkan maklumat ramalan cuaca terlebih dahulu bagi memastikan keadaan laut benar-benar selamat selain memastikan peralatan keselamatan seperti jaket serta pelampung keselamatan sentiasa dibawa dan berada dalam keadaan baik. 

Mengikut rekod, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengkoordinasikan 2,428 operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang melibatkan 10,077 mangsa dan lebih RM650 juta nilai harta benda diselamatkan tahun lalu. 

Antara kes yang dicatatkan itu melibatkan pelbagai sektor CARILAMAT antaranya insiden kapal dan bot, kehilangan nyawa di laut, pemindahan mangsa untuk tujuan perubatan (medevac) selain bantuan melibatkan aset dan lain -lain lagi. 

Walaupun jumlah yang dicatatkan itu merangkumi pelbagai kes dalam tempoh setahun namun kewaspadaan musim tengkujuh dalam kalangan warga maritim tetap menjadi salah satu tumpuan utamanya.

Merujuk kepada amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut, sukan laut dan aktiviti lain di laut.

Angin kencang sehingga 50 kilometer sejam beserta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka akan berterusan sehingga Januari depan.

Pada masa sama, mereka wajar mengambil langkah keselamatan tambahan dengan keluar secara berkumpulan untuk nelayan bot besar manakala bagi nelayan bot kecil pula, harus menangguhkan sementara operasi sehingga keadaan laut selamat supaya insiden yang tidak diingini dapat dielakkan.

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun