ARTIKEL

BERUCAP… Abang Johari ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) serta Anugerah Usahawan Terbaik Sarawak (EOYS) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi. (Foto oleh Mohd Alif Noni)

Komuniti perniagaan Sarawak diseru bergerak seiring perubahan teknologi 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Komuniti perniagaan Sarawak diseru untuk bergerak seiring dengan perubahan teknologi yang pantas ketika ini khususnya dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI).

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sejak negeri ini beralih ke arah ekonomi digital pada 2018, terdapat banyak peningkatan dalam perimeter inisiatif digital.

Katanya, peralihan dalam rangka kerja bukan sahaja melibatkan pembangunan perisian dan aplikasi tetapi juga melibatkan kepentingan AI yang menjadi penggerak kepada landskap digital.

Jelasnya, ia juga menyaksikan peralihan AI kepada AI generatif yang bermaksud penambahan teknologi baharu.

“Saya berpeluang membaca sesuatu yang baharu dalam AI, mereka memanggilnya Humane AI Pin, peranti yang akan membantu anda mencari penyelesaian masalah di hujung jari sahaja – dengan menekan peranti ia akan memberitahu penyelesaian.

“Susulan perubahan besar dalam teknologi ini, ia akan mengubah cara keseluruhan perniagaan,  cara kita menjalankan perniagaan serta cara menguruskan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) serta Anugerah Usahawan Terbaik Sarawak (EOYS) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Baca lain  Phillip hormati keputusan Posa

Dalam pada itu, Abang Johari memaklumkan bahawa Sarawak berada di barisan hadapan dalam peralihan ke arah tenaga hidrogen dan perkara tersebut diperakui oleh Bloomberg semasa sesi temu bual khas bersama-sama beliau sebelum ini.

“Bloomberg mengatakan bahawa Sarawak berada di barisan dalam peralihan tenaga ini, mereka juga memberitahu ada beberapa negara menggunakan hidrogen tetapi kita berani mengambil risiko melibatkan hidrogen dalam ekonomi,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Presiden SCCI Datuk Seri Abang Abdul Karim Tun Openg, Duta Besar Perancis ke Malaysia Alex Cruau, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Xing Weiping dan pengerusi penganjur Majlis Makan Malam Jamuan Tahun Baru Cina SCCI Angie Kueh.

RAKAMAN KENANGAN… Abang Johari merakam gambar kenangan bersama-sama penerima Anugerah EOYS 2023 dan tetamu kehormat yang lain – (Foto oleh Mohd Alif Noni)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU