ARTIKEL

Komuniti PKS terus dibantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais menyambut baik pakej Ransangan Ekonomi seperti diumumkan oleh pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) baru-baru ini.

Sambil penyifatkan pengumuman itu dilakukan dengan keputusan yang berani, serius, tegas dan berpadangan jauh, beliau berkata, ia juga bertujuan supaya aktiviti ekonomi di dalam negara dan Sarawak terus bergerak meskipun negara berhadapan dengan wabak Covid-19.

Malah katanya, apa yang lebih penting rakyat yang kini berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dapat terus berbelanja dan memastikan makanan asas untuk keluarga terus dihidangkan di atas meja.

“Semua rakyat perlu berterima kasih kepada kedua-dua pemimpin di peringkat Persekutuan dan Sarawak yang masing-masing mempunyai wawasan dan misi luar biasa dalam keadaan negara atau dunia yang mengalami masalah yang luar biasa.

“Kita amat beruntung kerana mempunyai pemimpin ini serta anggota kabinet yang mampu melahirkan keputusan yang berani dalam menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara keseluruhannya. Mereka adalah pemimpin yang hebat dan luar biasa,” ujarnya.

Baca lain  Napic perlu lihat semula kaedah kategori datanya - CBRE|WTW

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dan menyokong Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu rakyat dan mengerakkan ekonomi semasa negara ekoran diancam wabak Covid-19 di sini kelmarin.

Mohd Naroden yang juga AdunGedong berkata, dalam pakej Rangsangan Ekonomi Sarawakku Sayang kedua yang diumumkan oleh Ketua Menteri Jumaat lalu, ia akan banyak membantu rakyat terutama untuk 62,000 perusahaan kecil dan Ssederhana (PKS).

Selain itu katanya, ia juga dapat membantu kira-kira 8,000 pengusaha industri kotaj, pengusaha warung, penjaja kecil, pekedai runcit, penjaja di pasar tamu, penjaja di Pasar Minggu Satok yang hanya berdaftar dengan majlis tempatan sepert DBKU dan MBKS atau badan-badan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tempatan selain pemandu lori, pemandu van.

“Untuk tujuan ini Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan berjumlah RM98.4 juta dengan mengagihkan geran istimewa sebanyak RM1,500 kepada setiap usahawan mikro dan penjaja kecil yang terjejas berikutan pelaksanaan PKP,” katanya. Beliau menambah, bantuan ini boleh dimohon dan dibayar melalui SarawakPay atau secara bayaran baucar.

Baca lain  Jalin kerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan

Selain itu, Kerajaan Sarawak juga mengumumkan pakej pinjaman mudah di bawah Spiks dan Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS). Menurutnya, semasa mengumumkan pakej Rangsangan Ekonomi Sarawakku Sarawak yang pertama minggu lalu, pinjaman di bawah Spiks dan SKMS hanya perlu dibayar mulai Oktober tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, pada Jumaat lalu, Ketua Menteri mengumumkan syarat tambahan dengan pinjaman tanpa faedah selama tiga tahun atau 42 bulan. “Dengan bantuan ini para usahawan, petani dan nelayan akan dapat aktif semula mengusahkan perusahaan mereka bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan,” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Fasa pertama KUTS beroperasi pada akhir 2027

KUALA LUMPUR: Fasa pertama projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), yang sedang dilaksana dan diselenggara oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan

Kecederaan pekerjaan negara meningkat

KUCHING: Kecederaan pekerjaan di Malaysia meningkat sebanyak 58.9 peratus kepada 34,216 kes pada 2022 berbanding 21,534 kes pada tahun sebelumnya. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan

Malaysia catat pertumbuhan ekonomi lebih tinggi

KUCHING: Ekonomi Malaysia berkembang dengan kadar lebih pantas iaitu sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024, lebih tinggi daripada jangkaan umum iaitu 3.9 peratus. Gabenor

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan