ARTIKEL

Kong Chung Loh perlukan waris, keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Hospital Sibu sedang mencari waris kepada seorang pesakit berbangsa Cina berusia 72 tahun yang dikenali sebagai Kong Chung Loh.

Dalam kenyataannya, hospital itu mendedahkan alamat terakhir bagi warga emas tersebut ialah di nombor 42-B, First Floor, Jalan Hua Kiew, 96000 Sibu.

“Sebelum dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans melalui panggilan orang awam, pesakit didapati telah beberapa hari terlantar di rumahnya.

“Pesakit juga dipercayai tinggal berseorangan di samping tidak dapat memberikan sebarang maklumat peribadi dengan jelas dan tepat atas faktor kesihatannya,” dedah kenyataan itu.

Daripada itu pihak hospital memberitahu, sejak kemasukannya di Wad 14 Neurosurgeri pada 5 Disember lalu, tiada waris atau ahli keluarga yang datang menziarahinya.

“Usaha mencari waris pesakit telah dilakukan namun sehingga kini pihak hospital gagal mengesannya kerana tidak mempunyai nombor telefon waris atau saudara terdekat bagi memaklumkan keadaannya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, ahli keluarga pesakit atau orang awam yang mempunyai maklumat mengenai pesakit tersebut diminta untuk menghubungi Wad 14 Neurosurgeri Hospital Sibu di talian 084-238888 sambungan 6113 atau terus pergi ke wad dengan kadar segera.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta