ARTIKEL

Para peserta merakamkan kenangan selepas menerima bantuan anak benih kelapa sawit bersama Larry.

Kongsi ilmu penanaman kelapa sawit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JULAU: Peserta Kursus Pengurusan Penanaman Kelapa Sawit disaran menggunakan ilmu berkaitan kelapa sawit dengan sebaik mungkin bagi memaju dan meningkatkan kegiatan pertanian mereka seterusnya mengembangkan ekonomi.


Menurut Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Datuk Larry Sng Wei Shien, ilmu tersebut juga harus dikongsikan kepada rakan-rakan amnya di rumah panjang.


“Saya berharap segala ilmu yang didapati daripada kursus ini dapat digunakan sebaik mungkin bagi memantapkan kemahiran pertanian sedia ada.


“Kursus pengurusan dan penanaman ini penting, terutamanya dapat mendedahkan pekebun kecil berkaitan penjagaan, penuaian dan pembajaan sawit dengan betul.


“Saya berharap para peserta yang sudah mengikuti kursus ini agar berkongsikan input dengan rakan-rakan serta keluarga,” katanya pada Program Penyerahan Anak Kelapa Sawit kepada 11 peserta yang menamatkan latihan dalam kursus tersebut.

Datuk Larry Sng Wei Shien


Kursus yang dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Julau dengan kerjasama APPGM-SDG diadakan dalam dua siri melibatkan seramai 60 peserta dari Pakan dan Meluan.


“Hasil kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Julau dan APPGM-SDG, kita menjalankan tiga projek.
“Projek tersebut ialah Kursus Pengurusan Penanaman Kelapa Sawit (Pusat Khidmat), Penanaman Kaedah Hidroponik yang dilaksanakan oleh Persatuan Ruyak Rembai.


“Manakala turut dilaksanakan melalui projek tersebut ialah Pusat Operasi Belia Pakan yang dibina untuk Kelab Belia Pekan Pakan (KBPP),” terangnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James