ARTIKEL

Kongsi keceriaan Aidilfitri, Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri dan Pra-Gawai Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) adalah peluang untuk berkongsi keceriaan dan kemeriahan perayaan dalam kalangan kakitangan dan pengurusan agensi berkenaan. 

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, melalui amalan seumpama itu, pelbagai lapisan masyarakat dapat berkongsi budaya, adat resam, makanan dan sebagainya. 

Selain itu, katanya, ia juga dapat meningkatkan lagi semangat toleransi dan saling hormat menghormati sesama kakitangan dan pegawai di LPB yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama. 

“Selaku badan kawal selia Pelabuhan Bintulu, majlis ini membuka ruang dan mengukuhkan hubungan kerja antara pihak berkepentingan Lembaga Pelabuhan Bintulu dengan masyarakat setempat.

“Majlis ini juga diadakan untuk meraikan dan menyantuni pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembangunan Pelabuhan Bintulu sehingga ke hari ini,” katanya pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Pra-Gawai LPB di pekarangan Menara Kidurong, di sini, semalam. 

Hasbi berharap kerjasama erat ini diteruskan bagi membolehkan Pelabuhan Bintulu terus menggarap kejayaan pada masa akan datang. 

Pada majlis tersebut, Hasbi turut melakukan simbolik penyerahan bantuan pengurusan berjumlah RM15,000 kepada PERYATIM Bintulu yang diwakili pengurusnya, Ustaz Mohd Nor Ali dengan disaksikan Pengurus Besar LPB Mizool Amir Mat Drus dan Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pengarah LPB Datuk Normah Osman. 

Pemberian sumbangan tersebut sebagai tanda kesyukuran genapnya 42 tahun penubuhan Pelabuhan Bintulu. Ahli Parlimen Limbang itu turut mengumumkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada PERYATIM Bintulu.

“Sumbangan ini sedikit banyak diharapkan dapat memberi sinar kebahagian dan menceriakan anak-anak yatim terutamanya pada musim perayaan,” tambahnya. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu